Saturday 26 December 2009

high income economy.....

I've never been good at writing. It is just out of my comfort zone (which is gaming on ps3), but, there's always a but.

One topic which catched my bloody intention in the past few weeks is making or driving malaysia towards a high income economy.

Lots being discussed n mentioned in the press, but the actual method n path have yet to be seen. for the past few decades, there are only a few nations managed to break into high income econ from their origin of low income economy. To mention a few are the likes of South Korea, Taiwan and of course Singapore, our tiny but efficient neighbour.

We started at the same point with these nations, but within 15 years or so, they have overtaken us in term of economics development, and the normal question that everyone would ask is why Malaysia can't?

I'm not the best person to explain or even suggest any method or path that we need to draw for our beloved nation, and I'm sure the people in the government knows better than me. I'm just hoping the plan drawn is beneficial to the whole population without sidelining our nation's values.

Happy new year to everyone.

Wednesday 30 September 2009

Biso bonar

Liverpool buat taik lagi. It seems that consistency is not their best friend in this couple of weeks....bangang ahh. Tgk main semalam pun tak semangat, nak tembus defend pun punya susah, and passing teruk.....

Tactically mmg sucks ah semalam...kecewa betul aku...I was hoping for a draw, namun tak kesampaian.

Hope they'll rise again in the next game.....

Saturday 26 September 2009

Pengertian raya dan puasa....

Raya skang tak syok mcm time aku kecik2. Org skang suka raya depan tv dari visit sedara mara.

Jarang dah dengar bebudak main meriam buluh, ada tu ada, tapi jarang ler, rasa cam kurang meriah plak.

Dulu kecik2 aku selalu perang ngan kampung sebelah, lawan meriam sapa bunyi lagi kuat.....siap ada abang2 yg lebih senior buat meriam tin cat tanam bawah tanah.

Teringat masa bulan posa, aku selalu amik lauk ready walaupun belum waktu berbuka, stand by awal. Hahaha, biasa ahh bebudak.

Bulan posa mmg best, even bila dah besar aku masih rasa syok tiap kali datang Ramadhan, harap leh berjumpa lagi dgn bulan mulia ni next year.

Harap budaya melawat sedara mara nih tak mati ditelan zaman.......aku rindu raya dulu2....

Friday 25 September 2009

Syahdunya Raya

Pejam celik dah seminggu beraya. Ni first time aku raya kat mesia for the past 5 years, huhuhu, mmg best.

Sampin pun dah lama tak pakai. Mmg syoklah melantak lemang n rendang feveret aku.
Apa2 hal pun aku kena balik ke perantauan next week, bosannya, rasa malas je nak kerja.




Sampin yg dah lama tak pakai......







Anak2 sedara yg terbaring lepas solat raya.......gila malas
Model kartun Lat kat klcc....cool gak

Saturday 22 August 2009

Makin gila nak kaya

Pelik betul lah M'sia ni, sanggup tindas pribumi untuk kepentingan sendiri....ada aje alasan nak jadikan diri sendiri kaya dgn cara tak betul.

Gomen pun sama jer, diorang pun manusia gak nak kaya.....tp jangan sebab diri sendiri nak kaya, hak org lain kita ketepikan.

Korang layan lah indie documentary ni, elok jadikan teladan n ajak diri berpikir: http://www.youtube.com/watch?v=Q5u0_qLQXv4&feature=related

Moga2 Ramadhan ni bawa rahmat pada semua.

Tuesday 4 August 2009

Makan makan

Satu menda yg aku rindu pasal Mesia, sah2 makanan ahh, best gila....terliur bila ingat...perghh. Hobby aku selain tido mmg makan ahh.

Mostly makanan kat tempat aku duk skang ni mmg bosan.......tapi yg best dessert diorang, n buahan. Please enjoy gambar2 kat bawah:




Bloody, banyak giler aku belasah dessert since aku pindah sini.....

Sunday 2 August 2009

Rumah oh rumah

Hari nih kita borak pasal rumah kat Malaysia, KL especially. Aku dah beberapa tahun dah terpikir nak beli umah, tapi lum kesampaian. Rumah kat KL mahal sangat, mostly kat kawasan2 yg bagus reganya di luar kemampuan aku....arghhhhh...bila aku nak ada rumah nih?

Dari penelitian or kata org putih, observation aku, ada beberapa masalah pasal umah kat mesia nih, aku list kan kat bawah:

  1. Harga yg pemaju letak actually bukan untuk org malaysia, tp untuk foreigners, kalau tak takdelah rega mahal sangat.
  2. Hak kita nak memiliki rumah makin terhakis, cuba tengok berapa banyak rumah yg dimiliki dek individual tertentu jer, majoriti kita masih menyewa.
  3. Kenapa agensi kerajaan cam REHDA tak buat sesuatu, cuba tengok kat area prime, semua harga di luar kemampuan, padahal pejabat tempat org biasa cam kita bekerja terletak kat area prime. Masa yg diambil untuk pergi ke tempat kerja dan kos mmg tinggi. Menda ni leh reduce productivity.
  4. Kenapa sebab kerana nak untung banyak, hak kebanyakan rakyat biasa diketepikan?
  5. Sepatutnya, kalau kerajaan perihatin, sekurang2 nya sediakan lah coverage LRT ataupun pengangkutan awam yg reliable untuk manusia bergerak dan rendah kan kos untuk bergerak.
  6. Orang jaya bertambah kaya dengan membeli property kat area yg mahal dan dijual semula ngan keuntungan yg tinggi, tp camna pulak ngan org yg tak kaya macam aku? Aku cuma nak rumah untuk duduk jer, bukan buat untung. Adakah kita kena aniaya?

Nasihat aku, kalau korang ada simpanan, belilah rumah untuk keluarga, jgn dibazirkan untuk menda2 karut.

Ke Makam Bonda

Tetiba hari nih aku teringat arwah mak aku. Al-fatihah untuk mak.

Syair 'Ke Malam Bonda' untuk tatapan by Usman Awang. One of his greatest masterpiece

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesuP
ernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Tuesday 21 July 2009

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati....

Dapat call dari abang sulung aku last Thursday, one of my brother had just passed away due to liver failure. It reminds me how quick or how short the time that we, mortals, will live out our time here, in this world.

The next day, cakap kat one of my directors regarding the news, and terus dia bagi aku compassionate leave for a week. Petang, aku book ticket, and on Friday, I'm already on my way back to Malaysia, via Dubai. Its a painful 24 hour journey, with 4 hours stopover in Dubai.

Sampai mesia, mmg penat, dgn medical check kat airport (H1N1 punya pasal), and amik cab, balik umah akak kat Melaka.

Aku pelik gak napa firm non muslim, employer aku leh bagi 5 days compassionate (tak deduct pun annual leave), tapi, kalau firms kat mesia nak bagi 2 hari pun susah, pastu kena immediate family, kalau nak lebih kena tolak annual leave, punya lah kedekut.

Berbalik pada cerita abang aku yg meninggal, mengingatkan aku yg mati nih tak kenal usia and tak kira berapa kaya pun kita, nyawa tak boleh dibeli. Lastly, al-fatihah untuk abang, moga roh mu dicucuri rahmat.

Tuesday 30 June 2009

Melayu dan elit

Hehehe, aku pun tak tau napa aku pilih tajuk nih. Napa kau tak pilih melayu dan hp ke, or melayu dan golf ke.....dan macam2 lagi...

Aku chat ngan kawan skolah aku kat ym tadi. Dia cakap ahh, ada sorang x-schoolmate yg selalu update status berkenaan sukan kegemaran yg dia main, golf. Menda ni mengingat kan aku, hari tu masa aku balik cuti jumpa ngan mamat golf nih ahh, and beberapa x-schoolmate aku, n diorang tanya aku whether aku main golf ker tak. Skang baru aku tau, rupa2nya diorang nih main golf. Hehehe, aku takat main cakar ayam ke, teng teng reti ahh. Kalau futsal tuh slalulah aku main, tapi golf.....hmmmmm....lum terpikir ahh, lagipun aku bukan mampu nak beli clubs, bola2 golf tuh, seluar petak2 ker, nak lagi best pakai panama hat masa main golf....hahahaha, tak terbayang aku.

Dulu yer, abang ipar aku main, masa tu pun aku skolah rendah, adalah kengkadang ikut dia gi club, belajar pukul2 skit, tak reti ahh aku. Maybe lum sampai kemampuan aku kot....hehehe, tapi to be honest, minat tu takde......n mmg tak mampu.

Masa kat mid east, ada client aku nih sheikh, one of the ruler son, pekerja stable dia ajak aku try polo kuda, ok gak, try jer ahh, sebab nak ada club sendiri tak mampu, n kat mesia raja2 jer main, tak silap aku ahh.....tp polo memenatkan....itu jer lah sedikit sebanyak aku try permainan org2 elitist, takat join2 camtu leh ahh, and aku definitely bukan golongan elit, jauh skali ahli kumpulan elit (girl band masa 90s)

Back to my main topic, napa melayu selalu terpikat ngan apa2 yg berkaitan ngan 'elit'.....ermhhh...tu yg buat aku terpikir...nak beli umah nak kat kawasan elit...nak skolah kat kawasan elit....sampai ada dulu girl band pun nama elite....hohohoho

Elitist, concept that was introduced by our previous penjajah, due to the class society yg ada kat UK time tuh, skang pun still ada. Class nih boleh dikesan dari segi accent (loghat), skolah depa cam Eaton....n cara berpakaian, cam dandy....

Selalunya elitist nih dikaitkan ngan golongan aristocrat (bangsawan).....hehehe, yg kat mesia nih aku rasa dah tak ramai, tapi ramai berangan nak jadi elitist tuh ada ahh.

Tak sure ahhh, tapi aku lebih prefer equality over monarchy.......and maybe betul kita masih terikut penjajah....semuanya nak elit.....maybe melayu nak try create their own classed society.....cam aku nih sah2 paling bawah dalam hierarchy.

Sunday 28 June 2009

Ahad yg slow.....

Pagi ni bangun kul 9.30, sbb malam tadi tido kul 2.40, wife suh tunggu subuh sebab masuk awal skang, langit cerah kul 4 pagi waktu musim panas.....aku layan game baru beli smalam, 'Prototype', cool gak....tapi ganas ler skit....

Bangun, makan bekfast, bancuh kopi.....lepak jap, gi jogging......cuaca kat luas cantik, sun shining, aku mmg suka summer, tapi my favourite season is spring...

Balik dari jogging lepak jap, gosok baju kerja untuk seminggu........pastu tgk tv, banyak betul reality tv skang nih....manusia nih dah boring kot, sampai hidupan harian pun nak buat kat tv....Aku teringat, kat mesia ada rancangan akademi fantasia, kalau balik mesia untuk cuti, selalu lah dalam paper2 terpampang participants dia. Dulu aku takde astro, umah kakak aku adalah, so diorang layan lah kot.....

Aku tgk, org kita mmg obses ngan rancangan nih, nangis mak bapak kalau anak2 dia kena voted out, impressive nih, kalau SPM kantoi takdelah emo sgt. Tu lah dia realiti kita skang nih...

It seems reality tv brings out the reality of our society....

Sunday 21 June 2009

Mesir....bumi anbiya dan firaun.....

Christmas 2005.

Actually ni gambar2 lama aku pergi Mesir masa 2005. Masa tu wife tak ikut, aku ngan dua member aku pergi. Wife aku n wife sorang lagi member aku kat mesia time tuh, and considering aku nak backpacking, its gonna be a rough ride nak bawak wife skali. N before gi Mesir, aku dah janji ngan wife aku nak bawak dia gi Morocco, sebagai compensation.

Bumi anbiya nih mmg berjaya menarik ribuan pelancong saban tahun, disebabkan monumen2 berusia lebih ratusan dekad.

Kerajaan Mesir purba, berada di tahap kegemilangannya selama 3000 tahun, cukup panjang kalau nak dibandingkan ngan british empire 100 tahun dan US, kuasa besar dunia, 50 tahun. Lihatlah photo2 yg aku amik di bawah:


Elephantine temple (kiri), Valley of the Kings, aku lupa nama queen yg this temple was dedicated Hashepshut kot (tgh) dan Masjid Al Azhar (Kaherah).


Sphinx dan the Great Pyramid (kiri), bumbung dalam Citadel Salahuddin Al Ayubbi (tengah) dan dalam Masjid Saidatina Fatimah Al Zahrah (kanan)

Lagi bumbung dalam Citadel Salahuddin (kiri), the Nile at dusk (tgh) dan tak lupa, gelek(kiri). Dalam dunia arab, tarian gelek paling authentic masih dikekalkan di Egypt, di mana penari2 masih berbangsa arab dan kalau tgk, pemuzik2 memainkan muzik masih secara live. Kalau kat tempat lain, contohnya UAE, Bahrain ataupun Turki, penari majoriti berbangsa Eropah Timur dan muzik tak lagi authentic, so guys, next time you wanna go for belly dancing performance, you know where to go, or ask, hahahaha.
Kitorang mengembara style backpackers for 10 days, stayed in cheap hotels and hostels, naik keretapi, belayar dan tidur atas Feluca (kapal layar tradisional sungai Nil, sejuk gila pada waktu malam).
Negara Mesir bukannya kaya pun, mmg byk untung dari industri pelancongan, tapi mismanagement left their people 40% live below poverty line. Jumpa jugak bebudak mesia kat Al Azhar, lepak n makan kat kedai siam, baik2 bebudak nih, syukur Allah bagi rezeki aku jumpa dgn diorang, semoga korang jadi ulama berjaya wahai sahabat.
Banyak lagi gambar aku masa kat Mesir, tapi letih lah plak nak upload.























My new used car.....

Sabtu 20 Jun 2009
  1. 9.30am- abis mandi, siap2 nak gi shopping grocerieswife dah ready lebih awal, biasalah aku, bangun2 on TV, on pc, baca paper layan ps3 seround dua, bekfast skit, baru mandi... hehhehehe.
  2. 9.45 am-gi tampal sticker insurance kat kereta kecik aku, sini kena tampal plak insurance punya stickers, wajib.
  3. 9.50am- start engine, bagi panas skit, pastu bertolak ke checkers (kira cam tesco/giant kat mesia). Dah ada kereta nih panjang skit langkah.

  4. Beli lah itu ini, dah lama tak pegi pasar besar, selalu gi pasar2 kecik je kat sini, sbb takde kereta, jauh, kena naik bus.

  5. Alhamdulillah, berjaya juga first trip ke pasaraya dgn kereta nih. Tgklah gambar kat bawah, kereta kecik jer, nak beli yg besar tak mampu satu hal, lagipun aku tak rasa practical untuk aku ngan wife pakai kereta besar.



Gambar kereta dari belakang, aku tgh panaskan engine. Wife yg amik gambar.

Checkers dari tempat park kereta, tulisan nampak sayup.






Tepi laut, kelihatan apartments yg menghadap laut. Ginilah perkampungan kecik tempat aku menetap, sebelum perjalanan lain dia masa depan insya Allah.

Friday 19 June 2009

Has the centre of ecnomics powerhouse shifted??

10 years ago, when people starts talking the rise of the old power of China, everyone will shrugged with this possibility. Closed econ compounded with communist at the helm of the country, who might have thought they will in fact be the financier, of which, the western economy relying on as of today.

Mr Soros in his speech last year mentioned this century belongs to Asia. But wait folks, we should indeed play our role to make this a reality. Cliche of Asia, hardworking, persistence and emphasis on education, not to forget, high saving rate.

We have the means at the moment to make this a reality, we have enough talent pool, people confidence are high, and we have 2 econ superpowers (China and Japan) to anchor us thru this millenia.

Being a Malaysian, I always believe that Malaysia are blessed with natural resources, great mox of people and political stability (although you may argue that is not the case now). But in recent years, the country had experienced brain drain when their well trained manpower starts leaving the country in search of greener pasteur.

But I believe, this will not be long,as this people will eventually return to the homeland and serve the country that we love so much.

Maybe the wheel is turning, and once again, Asia will become the envy of the whole world.

Wednesday 3 June 2009

Farewell and may Allah bless you my dear fren

3rd June 2009, my fren's last day in the office, he's moving to Abu Dhabi and starting a new job and adventure. Meeting this guy (my fren) is an eye opener for me. Came from a well heeled family background (his dad used to be the Partner at one of the big 4 audit firms in Kuala Lumpur), but, he's not an ordinary rich kid type of person.

  1. This guy is not interested in branded or expensive looking stuff like most people or most rich wannabe guys I've met.
  2. Always humble and for the last 5 years I know him, only now I know he's a son of a rich guy (and I know it from someone else)
  3. Being a son of a well connected dad would't give you any problem of getting a well paid job and position back in Malaysia, due to 'orang dalam' or some say 'cable' culture practiced in many organisation. But, this guy, with all due respect, is more willing to stand by his own feet thru the hard way and yes, he's well educated with good qualification.
  4. Drove a used Nissan Micra (Kancil) while workin here, not like some Melayu yg tergila nak pakai Mercedez, BMW or Audi while living in the UK, walaupun kerja actually kat embassy with taxpayers money and way below my fren's salary.
  5. Always volunteer to give sermon for our community Friday prayers and is active with the Muslim community activities in our area.
  6. Put barakah first whenever he looks for a new job.....of which most of us Muslim always forgot.....after all, we all live in a material world and that includes me.

All in all, you earn my highest respect, and knowing this guy is an eye opener to a meager person like me. It's good to know, in a world full of materialistic people and pop culture, such a person, so pure in his objective and aspiration still exist. May Allah bless you my fren and may the angel smile at you in your journey.

Sunday 17 May 2009

Media and newspaper: Political weapon or money making machines

We all live the age of info tech. Info; there are wrong info and there are also right and valuable. Truth should be the ultimate aim of every media, journalist and people like us when reading or observing a media instrument (newspaper, journal, tv, newsline etc). But this very essence of journalism seems to be lacking in the new age of info tech.

For example, in my homecountry, newspaper can simply be the instrument of communicating political propaganda, as oppose to giving the true and fair view of the current situation. Hence, when there's lack or scarcity of truth, people will move to other type of media instrument, say blogs.

But yet, we can't just simply read and believe what being written or told to us, because there's too much lies instead of truth being communicated.And yes friends, seek for the truth, as it remains as the most valuable commodity in the world of info tech which most people are simply too lazy to obtain.

Monday 4 May 2009

Bullshit banking

  1. Money multiplier, the concept of bank can multiply cash supply in the market. Apa lah bangang punya concept, the flow of money thru the same number of people can create more supply of monies.
  2. Bank as a facilitator of 2 parties, one with deficit cash and another with surplus cash. Hence the credit risk part of lending is being taken care by the bank. Lagi satu concept bangang, instead of reducing the risk they are pricing the risk.
  3. Interest rate being used as an instrument in controlling demand for goods and consumption as well as managing inflation rate. In the first place, if interest rate does not exist, and time value of money is not a concept, we wouldn't be in this mess.
  4. Credibility of a customer being measured by his future income. Full of bullshit, how bout the person being sacked/retrenched, will there be any more future income? In fact, by measuring future income encouraged people to put more and more commitment by making larger loans from bank and this will of course push the price of properties as more and more people eager in buying expensive properties. Supply and demand theory.
  5. Conclusion: Banking system has created an illusion that money is a commodity and there is a price for money, which is determined by interest rate. But please ponder upon it, how can pieces of paper have any value, without gold or precious metal backing to support its value? Is this a plot by the superpowers to ensure prosperity upon their nation, as they already knew that, they are too lazy to produce real goods, but rather have a currency that most of the world population put their belief in and create an indices that can measure the prosperity and strength of their economy as well as managing the confidence of people. There's no real economy in play here, all of it are illusion, and from illusion they created their wealth. Enuff of bullshit banking.

Sunday 5 April 2009

The Gila 20 (G20)

Apa ke bangang nya mat saleh nih, dia yg start world financial crisis, and now they are blaming tax haven for the shit. I'm not the best person to put a comment on the reason speech by Obama, but, yo Mr Obama, why shud u distract the whole world away from your country's mistake and lack of regulations.

Malaysia's territory of Labuan is one of the offshore centres that being balcklisted by G20 nations. Something needs to be mention here, how they define a cooperative offshore centre or otherwise. Is the definition means that those centres, of which, comply with developed nations regulations (which clearly, not that great considering with the mess that they've started). Or they just dont want other nations to have their own off shore financial centres.

Remember, these developed nations have been having their own off shore centres for decades, and these centres had helped them to reach their developed status in term of economic development. But yes, I guess, hypocrites will always remain hypocrites, and worst, they hate when people start getting better in term of wealth protection and nation developments.

Just see how they envy ADB's current reserve amount.......and they afraid that one day, IMF and World Bank might lose credibility amid the rise of Sovereign Wealth Funds and ADB.....hence, only the future can tell us and lets hope for the best.

Thursday 12 February 2009

Pound took a pounding

Bengang betul semalam pound jatuh balik against major currencies.........pound started the year really2 weak. It even felt down to £1=RM4.9..........sh*t betul.
Minggu nih a few more bad news came out from Brits econ.....bank not making good profit, house price jatuh gila2, liquidity is lacking in the market. The Bank of England(BoE) may opt for 'quantitative easing' measure, bunyi cam canggih jer quan easing, tapi sebenarnya tak ahh canggih pun, maksudnya BoE akan print more money, gelek dan cap lagi banyak not2 matawang pound.

Start dari semalam, british banks punya bosses telah dipanggil mengadap MP (members of parliament), untuk disoal secara langsung mengenai error dan peranan mereka terhadap kehancuran sistem kewangan britain dan dunia......

Yg membuat taiknya, top management terlalu tamak dan terlalu byk buat deal yg merepek, tapi yg suffer and kena buang kerja adalah org biasa cam kita....

Tapi at least diorg transparent....itu satu menda yg positif ada dlm krisis nih...

Saturday 7 February 2009

Globalisation n Nationalisation (globalisasi dan nasionalisasi

Dulu masa 90's sibuklah negara2 barat nih menentang concept protectionism (perlindungan terhadap industri tempatan). Diorang kata, dalam era globalisasi(terbelit lidah nak sebut), tapi seperti biasa, negara2 mat saleh ni hipokrit. Negara2 membangun macam Malaysia, mmg memerlukan policy protectionism untuk melindungi pekerja, kekayaan negara dan pelbagai perkara penting sebelum ekonomi kita jadi lebih terbuka. Cuba bayangkan UK memerlukan 200 tahun untuk membuka ekonominya sebagai negara maju, dan Malaysia, kita baru merdeka 50 tahun, tentunya tak adil untuk menyamakan ekonomi dan situasi kita dengan negara2 maju.

Tiba2 tahun nih, iklim kewangan dunia berubah, negara2 kaya mengalami keruntuhan sistem kewangan, dan kita mula dengar ayat2 seperti 'buy americans' di US dan 'British work for brits people'....dah nampak rupa sebenar negara maju nih. Kalu mereka yg susah, mereka tak teragak2 nak mewujudkan polisi protectionist di tanah air mereka, padahal masa krisis ekon asia 97, mereka melobi bank dunia dan IMF untuk tidak melupuskan sistem ini di seluruh dunia.....hahaha, sekang dah kena batang hidung sendiri, nak pulak buat, dasar hipokrit.....

Monday 26 January 2009

Pengajaran dari krisis kewangan

Krisis kewangan kali nih mmg bebetul teruk, tapi ada pengajaran di sebalik tumbangnya bank2 gergasi benua Amerika dan Eropah. Antara pengajarannya:

  1. Konsep ekonomi berdasarkan hutang (debt based economy) mmg byk kelemahan dan bahayanya
  2. Sbbnya wujudnya hutang melampau menaikkan harga keperluan asas yg penting, iaitu rumah.
  3. Sistem faedah (interest) yg menganggap duit sebagai komoditi, dan duit mempunyai harganya sendiri iaitu faedah.
  4. Kapitalism, mendorong perasaan tamak, di mana kepentingan perut sendiri didulukan
  5. Penjualan benda yg kita tak miliki, seperi hutang boleh dijual seterusnya proceed dari penjualan hutang itu digunakan untuk memberi hutang. Hutang atas hutang yg menjadi2

Globalisasi membuatkan mesia pun tak terlepas dari cengkaman kapitalism dan sistem bank anglo-saxon, yg menekankan ekonomi boleh bergerak sekiranya hutang menjadi instrumen penting untuk menggerakkannya, umpama minyak pelincir.

Kita tgklah apa lagi yg mungkin terjadi pada tahun ini terhadap ekonomi, terutama ekonomi Malaysia, di mana sesetengah analyst menjangkan akan menguncup sebanyak 1% berbanding 2008. Moga2 kita semua bersiap sedia untuk menaiki roller coaster 2009. Insya Allah kita boleh harungi dgn kembali kepada konsep kesederhanaan.....

Friday 23 January 2009

Abu Dhabi oh Abu Dhabi......and Do Bye






Hahaha, ni lah tempat last aku tinggal b4 move balik ke Eropah semula. During that time aku selalu ulang alik antara Dubai dan Abu Dhabi (AUH), mmg tak best langsung kedua2 bandar nih. Aku pun tak pastilah, maybe ada org suka kot duk tempat2 gini especially Dubai. Sebab2 aku tak suka:


  1. Kotor and berabuk. Pasir dan debu sebab construction byk sgt.

  2. Masa musim panas dia terlalu panas, sampai 45 celcius n kengkadang 48 celcius.

  3. Sewa tempat tinggal yg membunuh, comparable to London rate

  4. Buahan and makanan kat supermarket cam Carrefour ngan Luq luq yg tak fresh kalau compare ngan London even ngan Malaysia pun.

  5. Pemandu2 teksi yg kurang ajar dan busuk, aku rasa mmg pemandu teksi kat Dubai dan Abu Dhabi nih mmg tak suka mandi kot.

  6. Org2 dia yg tak reti beratur, tunggu teksi tak beratur, beli barang tak beratur...ehhh entahlah.

  7. Aircond sepanjang masa, gila tak sihat lifestyle.

Org2 kat sini sanggup bayar tinggi untuk pekerja2 professional, sebabnya, org diorang sendiri takde or sikit sgt yg educated, and secondly sebab takde sapa nak dtg kerja sini. Degree of professionalism mmg rendah and work ethics mmg down to the drain. Aku tak sure dalam industri lainlah, tapi dalam industri yg aku kerja nih, mmg most mat saleh yg dtg sini, mmg loser, yg diorang takleh make it in their own country. Amat mengecewakan, sebab tuh diorang suka dtg sini, sbb, leh dibayar tinggi walaupun knowledge n education ntah apa2. Baru aku tahu napalah tempat ni lambat dari segi innovation and seek of knowledge untuk islamic finance, walaupun duit byk, money can't buy you knowledge.


UAE nih byk berkiblatkan US, apa yg US or org US cakap dia akan percaya bulat2. Mmg sedap lah consultant cam Booze Allen Hamilton tuh kelentong gomen diorang. Nih lah akibatnya kalau duit byk tapi knowledge takdak. Menyedihkan, sebab negara seagama kita kan.


Ekonomi dia berdasarkan consumption, diorang tak byk produce barang, except minyak. Tu sebab Dubai yg tak kaya sgt dengan minyak sibuk membangunkan industri pelancongan. Dgn ekonomi dunia yg tak menentu, Dubai yg byk public debt (hutang kerajaan) yg byk mengalami masalah. Byk construction berprofil tinggi telah menangguh project mereka, pekerja2 asing terpaksa dibuang.


All in all, aku mmg tak suka Abu Dhabi n Dubai, the most dissappointing city in the world ever, ntahlah....tapi ada org suka kot. Hehehe, nasib baik ko Dubai....


Tgklah serba sedikit gambar aku masa duk sana, mmg sikit gila sebab lepas setahun, aku blah......bye bye Do bye. Gambar pun tah hapa2.


Thursday 22 January 2009

Masuk rumah....

Hari ni aku masuk umah, setelah 3 minggu duk hotel, akhirnya dapat jugak masuk umah. The first thing beli cam biasa tv, tapi antenna tak kuat, so kena tunggu nak install skytv....hehehe sian wife sbb gagal tgk tv tonite, n probably a few nites more. Sabtu ni aku nak angkut ps3, so sementara tv takleh tgk leh belasah game cukup2. Tapi apa2 hal Alhamdulillah sebab ada hak peluang tuhan bagi aku menyewa umah.

Sabtu nih leh lah gi kedai halal, beli pan, washing liquid, all the usual stuffs sebagai penyewa umah...hahahah...cam tak biasa, selama nih menyewa gak, bila lah agaknya nak merasa duk umah sendiri yer.

Siang tadi somebody tanya aku, hr aku, camna aku adapting with the place, aku cakap ok jer, biasalah awal2 macam2 nak kena arrange. Its a norm for a bedouin like me....hahahha.

Tetiba aku miss lak makanan kat mesia, hari tuh aku balik 2 bulan, mmg syok abis, belasah makan tak ingat dunia punya. Rendang, mee kari, nasi lemak, roti canai....perghhhhh..on daily basis tuh, mesti org ingat jakun aku nih. Tapi tuh lah yg menarik pasal mesia, berbanding ngan tempat lain, food heaven....pastu meriah. Dalam byk2 tempat aku lawat, n duduk, still aku rasa mesia paling ideal buat aku.....Salamssss to all, later.

Wednesday 21 January 2009

75 is the number today!!!!

As expected BNM reduced the lending rate by 75 basis points today.....a good news indeed for consumer, provided that banks will remain to their promise of furnishing loans and hence liquidity in the market.

What will this reduction means untuk org2 cam kita:

  1. Low borrowing cost, boleh buat financing untuk rumah
  2. Ringgit mungkin jatuh skit against other currencies, sebab, less attractive. Mungkin harga barang import akan naik.
  3. Org2 yg menyimpan bersandarkan interest akan kurang, maka, lebih byk liquidity dalam market.
  4. Kalau sapa ada lebihan duit, mungkin akan buat pelaburan dalam bentuk selain dari deposit yg boleh membawa pulangan lebih dari interest.

Mungkin ada yg lain2 lagi leh ditambah, dipersilakan....

Monday 19 January 2009

Lagi gambar2 Barca






















Barcelona.........

Barcelona adalah antara tempat yg best aku pernah lawat, lepak 5 hari kat bandar menarik yg lebih terkenal dgn club bolasepak biru merahnya. Dgn player2 cam Messi, Henry dan Eto'o. Tapi selain club bola dia nih, Barcelona nih sebenarnya bandar yg terkenal sebagai bandar yg patut dilawati kerana kreativiti architecture nya.

Dulu aku pun terpikir gak, napalah player2 bola mmg gila nak main for this club, padahal byk lagi club2 hebat cam Milan, Man U, Liverpool and Madrid. Tapi bila dah pergi bandar dia baru aku rasa passion penduduk dia. Kat sini leh dikatakan player nih dianggap cam dewa.....gambar2 diorang digambarkan cam saint dalam lukisan2 keagamaan. Mmg gila....
Di samping tuh, kita masih leh tgk pengaruh empayar Islam Andalusia dalam makanan, budaya dan bahasa org2 Catalan (daerah/negeri terletaknya Barca). Antaranya makanan nasi yg dinamakan Paela, minuman almond susu yg berasal dari budaya arab, nama2 jalan seperti Al Rambla yg berasal dari bahasa Arab.
Masa mula2 sampai, aku ngan wife lapar, nampak satu kedai, terpaksalah makan Paela seafood, takleh makan daging pasal mana halal. Creme Brule pun sedap, n diorang nih pandai buat dessert dari buahan citrus, limau dan peach.
Peach2 kat sini mmg sedap dan juicy. Org sepanyol memperkenalkan koko pada Eropah, yg dibawa dari amerika selatan masa diorang gi menjarah tempat org tuh. Sebagai penggila coklat, aku tak lepaskan peluang melawat museum choc dia.....
Sudi2 kan lah tgk gambar2 aku jenjalan kat bawah:

Sunday 18 January 2009

Bangku dan bank

Camna bank nih leh bermula, cerita ringkasnya start sama dgn penggunaan wang kertas. Masa pedagang2 Venice balik dari timur, diorang bercerita pasal sebuah kerajaan yg amat kaya dan innovatif. Venice semasa kurun 13 dan 14 ialah pusat perdagangan penting di Eropah dan Mediterranean.

Kerajaan dari Timur yg dimasksudkan tuh ialah China. Diorang ni dah start guna not2 dalam bentuk kertas yg menyatakan tertera mengenai jumlah reta diorang dan leh didagangkan. Ianya ialah bentuk terawal wang kertas yg kita tahu skang.

Balik ke Venice, sebab bandar ni byk pedagang, maka pedagang memerlukan hutang debt, jadi kena dapatkan hutang dari kreditor. Kredit nih pun dari perkataan latin credito yg bermaksud 'saya percaya akan anda'. Masyarakat Venice nih majoriti adalah penganut Katholik, yg mengharamkan mereka melakukan perniagaan wang, ataupun memakan faedah seperti yg tertera dalam kitab bible mereka. Maka urusan meminjamkan wang ni dilakukan dek bangsa Yahudi venice masa tuh.

Pada masa tersebut belum ada bank yg seperti kita ketahui macam skang, cara diorang pinjamkan duit ialah duk kat tepi2 gheto atas bangku dan ada meja untuk urusniaga. Dari situ lah wujud perkataan Bank yg berasal dari bahasa latin Banco yg bermaksud bangku. Jadi tuh sebab bank suka sgt letak bangku untuk kita duduk.....hahahahah.

Saturday 17 January 2009

Krisis kewangan (update)

4th qtr 2008, penuh masalah bagi sistem kewangan global. Kapitalism yg diagungkan barat mengalami meltdown, yg tak pernah terpikir sebelum ini. Sistem perbankan barat yg sering dikatakan amat kukuh dan patut menjadi contoh sedunia semakin bermasaalah dan kurang diyakini, walaupun setelah dtgnya 2009......sighhh...

Kenapa menda nih leh terjadi. Based on my observation yg sgt2 jahil dan mungkin tersasar jugak kan, maybe disebabkan beberapa factors:

  1. sistem ekonomi anglo-american yg berdasarkan debt (hutang)
  2. penggunaan wang kertas yg tak dijamin oleh emas (setelah tiadanya gold standard berdasarkan bretton wood)
  3. Derivatives transaction yg melampau dari investment banker, walaupun mereka sendiri tak memahami risiko transaksi2 tersebut.
  4. Sistem berdasarkan riba....di mana duit dianggap sebagai komoditi
  5. penggunaan standard perakaunan yg amat subjektif dan terbuka kepada pelbagai interpretasi.
  6. Harga minyak yg melampau hingga mempengaruhi kos pengeluaran, seterusnya menggalakkan lebih banyak hutang (balik ke point 1)

Itu antara sebab2 yg memungkinkan terjadi menda nih, dan mungkin ada seribu satu lagi alasan atau sebab yg aku tak sebut kat atas. Seperti yg semua org tahu, sistem ekonomi kita mmg dipengaruhi oleh hutang (debt driven), hinggakan economist akan mengatakan, sekiranya lending ability of the consumer being stopped or barred, ekonomi sesebuah komuniti mungkin tak boleh bergerak.

Gomen juga akan menggalakkan rakyat untuk berbelanja dgn alasan untuk melancarkan ekonomi. Tapi bagi mereka yg mungkin bijak mengambil peluang, inilah masa terbaik untuk berbelanja ke atas aset yg akan meningkat nilainya apabila ekonomi sudah pulih...mungkin setahun, 2 atau tiga tahun lagi, mungkin juga 10 tahun lagi. Aset yg dimaksudkan termasuklah rumah, syarikat persendirian dan macam2 lagi.

Dgn interest rate ataupun profit rate yg rendah ditawarkan bank2 pada waktu ini. BNM juga mungkin akan menurunkan kadar pinjaman satu malam (betul ker aku translate OPR tuh???) pada masa terdekat, mungkin minggu depan. Ianya masa terbaik untuk beli rumah, terutama rumah untuk duduk.

Tapi kita berdepan masalah lain gak, cam time ginilah saving dah kurang, sebab rega barang naik. Bila interest rate turun bermakna daya penarik ringgit (RM) pun kurang, jadi based on sistem ekonomi barat, demand untuk RM (dianggap komoditi) juga turun dan seterusnya menurunkan nilai ringgit di pasaran matawang asing (munkin). Jadi, untuk kita rakyat Malaysia kita mungkin akan mengalami kenaikan harga barangan import (termasuk barangan mentah dan makanan). Ini mungkin akan menambah tekanan pada kita untuk berbelanja.

Bila duit abis belanja saving pun kurang. Memang menda nih menambah kepayahan kita. Mat2 saleh bongok yg kerja kat US tuh buat silap n gamble byk sgt dgn derivatives dan asset backed securities, kita rakyat biasa kat malaysia yg rasa sakitnya. Itulah hakikatnya globalisasi dan kapitalism.

di waktu2 camni, mmg sesapa yg ada cash boleh take advantage on distressed asset n low profit atau interest rate...sebab tuh org2 penyokong kapitalism selalu ckp 'cash is king'. Aku nih maybe ada rasa anti skit ngan concept kapitalism, yg aku rasa menekan dan mengeksploit kesusahan org untuk kepentingan sendiri. Yg kaya bertambah kaya....dan yg miskin makin terhimpit....sistem yg berasaskan untung semata dan ownership.....macam taik.

Lepas ni aku nak tulis camna banking boleh bermula, aku citer ringkas jer, nak citer lelebih pun aku bukan reti sgt, just nak share skit ilmu yg tak seberapa nih ngan kawan2 dan rakan2.

Friday 16 January 2009

Morocco, a land of extremes


















Hehhe, napa aku panggil Morocco ni land of extremes...sebabnya dia ada snow, n ada gak musim panas yg terik. Journey nih aku gi ngan wife n another family frens. We back pack for 2 weeks n spend raya haji kat sana. Went to Fez, Casablanca, Merzouga n finally Marakech. Basically, the original inhabitants of Morocco are the Berbers....diorang ni bukan arab n bukan mat saleh, maybe kat tgh2 kot. Muka diorang macam Zinedine Zidane tuh ahh....Diorang ni lembut and hospitable people. Masakan diorg yg famous ialah Tagine....n lots of bread.

Masa gi sana mmg melantak sakan, sebab dah lama tak kuar dari UK, yg mmg susah nak cari makanan sedap2...




Menda yg mesti buat kat Morocco:


  1. Makan tagine n breads dia. Jgn lupa kus kus.

  2. Minum juice orange yg mmg manis n pure, takde campur air punya kat sini

  3. Gi masjid besar kat Casablanca...nama dia Hassan Mosque kalau tak silap.

  4. Leather market...they do produce premium quality leather works...even some designer brands get their leathers in Morocco

  5. Try naik unta kat Merzouga...masa aku gi ngan wife aku, lepak ngan berber...diorang kata first time tgk org mesia...maybe hulu sgt kot aku gi, org mesia tak berminat.


  6. Memandu along atlas mountains.

  7. Gi pasar terbesar probably in the world...Jama' el Fana.

    Kebetulan masa kitorang pergi, masa 2nd week tuh raya haji...so sempatlah merasa solat raya haji kat Marakech.

Wife aku mmg rambang mata ahh masa gi bazaar dia, masih mengekalkan bentuk pasar zaman2 Usmaniyah dan Andalusia. Marakech nih used to be the biggest and prosperous city in the 11 and 12th century. Fez pulak mmg dah lama jadi Unesco world heritage city. Fez ni ada salah satu University yg tertua di dunia, n still a working uni up to this day. Bandar ni makmur sewaktu pemerintahan khalifah2 empayar Islam Andalucia. Hence, the architecture resembles moorish culture.


Kitorang sempat gi lawat satu pekan yg amat terpencil nama dia pun pelik Oouarzazat. Ada carpet buatan tgn yg mmg bermutu tinggi n melambangkan ethnic Berber dijual kat sini. Kalau dieksport mmg rega dia mark up byk lah.
Gambar bangunan brown ni diorang panggil Kasbah......













Ni gambar atlas mountains masa drive alongs it.
















Dua org makcik tgh lepak dekat orange looking building.

Sebelah kanan nih ada gambar moorish pillar dalam Hassan Mosque.



Here I am.....the journey continues......

Hi there...everyone. This is my first time blogging....so mind you if my language is not up to your standard.......lagipun english is not my first language and I'm not very good at writing...only good at talking crappy stuffs.

Ni negara ke tiga yg aku berhijrah n duduk.....maksud aku, bekerja.

Skit sebanyak pasal aku....ermhh...kerja kuli...byk berhijrah n travel macam nomad n badwi....

Pernah duk kat Malaysia (various places).....London, Abu Dhabi, Dubai and now back in the UK.
Napa aku pindah UK balik....ermmhh, tough question, but basically, I'm fed up dealing with org timur tengah. Tapi kalau ada org nak try gi sana ok jer.....good experience (duhhhh).

Sampai sini 5th of Jan hari tuh, lepas dua bulan melepak tak kerja.....boring sungguh. A few things to note or events happened earlier this year:

  1. Gaza attack by Israel (hadiah tahun baru yg sungguh menyedihkan)
  2. world econ is still in turmoil, and some people said it will be a gloomier year in 2009.
  3. Europe has already in recession, a really bad one, but alhamdulillah Malaysia still hanging on...belum ada technical recession lagi.
  4. Najib will be PM in March.

maybe i should start the blog with some of my background...aku suka berjalan actually. Adalah a few countries I went to with my beloved wife. I'll elaborate more in my future blog bout the culture, the food of the places that I visited. So there you go....hello people, here I come. Do give your constructive comments if needed be.