Saturday 17 January 2009

Krisis kewangan (update)

4th qtr 2008, penuh masalah bagi sistem kewangan global. Kapitalism yg diagungkan barat mengalami meltdown, yg tak pernah terpikir sebelum ini. Sistem perbankan barat yg sering dikatakan amat kukuh dan patut menjadi contoh sedunia semakin bermasaalah dan kurang diyakini, walaupun setelah dtgnya 2009......sighhh...

Kenapa menda nih leh terjadi. Based on my observation yg sgt2 jahil dan mungkin tersasar jugak kan, maybe disebabkan beberapa factors:

  1. sistem ekonomi anglo-american yg berdasarkan debt (hutang)
  2. penggunaan wang kertas yg tak dijamin oleh emas (setelah tiadanya gold standard berdasarkan bretton wood)
  3. Derivatives transaction yg melampau dari investment banker, walaupun mereka sendiri tak memahami risiko transaksi2 tersebut.
  4. Sistem berdasarkan riba....di mana duit dianggap sebagai komoditi
  5. penggunaan standard perakaunan yg amat subjektif dan terbuka kepada pelbagai interpretasi.
  6. Harga minyak yg melampau hingga mempengaruhi kos pengeluaran, seterusnya menggalakkan lebih banyak hutang (balik ke point 1)

Itu antara sebab2 yg memungkinkan terjadi menda nih, dan mungkin ada seribu satu lagi alasan atau sebab yg aku tak sebut kat atas. Seperti yg semua org tahu, sistem ekonomi kita mmg dipengaruhi oleh hutang (debt driven), hinggakan economist akan mengatakan, sekiranya lending ability of the consumer being stopped or barred, ekonomi sesebuah komuniti mungkin tak boleh bergerak.

Gomen juga akan menggalakkan rakyat untuk berbelanja dgn alasan untuk melancarkan ekonomi. Tapi bagi mereka yg mungkin bijak mengambil peluang, inilah masa terbaik untuk berbelanja ke atas aset yg akan meningkat nilainya apabila ekonomi sudah pulih...mungkin setahun, 2 atau tiga tahun lagi, mungkin juga 10 tahun lagi. Aset yg dimaksudkan termasuklah rumah, syarikat persendirian dan macam2 lagi.

Dgn interest rate ataupun profit rate yg rendah ditawarkan bank2 pada waktu ini. BNM juga mungkin akan menurunkan kadar pinjaman satu malam (betul ker aku translate OPR tuh???) pada masa terdekat, mungkin minggu depan. Ianya masa terbaik untuk beli rumah, terutama rumah untuk duduk.

Tapi kita berdepan masalah lain gak, cam time ginilah saving dah kurang, sebab rega barang naik. Bila interest rate turun bermakna daya penarik ringgit (RM) pun kurang, jadi based on sistem ekonomi barat, demand untuk RM (dianggap komoditi) juga turun dan seterusnya menurunkan nilai ringgit di pasaran matawang asing (munkin). Jadi, untuk kita rakyat Malaysia kita mungkin akan mengalami kenaikan harga barangan import (termasuk barangan mentah dan makanan). Ini mungkin akan menambah tekanan pada kita untuk berbelanja.

Bila duit abis belanja saving pun kurang. Memang menda nih menambah kepayahan kita. Mat2 saleh bongok yg kerja kat US tuh buat silap n gamble byk sgt dgn derivatives dan asset backed securities, kita rakyat biasa kat malaysia yg rasa sakitnya. Itulah hakikatnya globalisasi dan kapitalism.

di waktu2 camni, mmg sesapa yg ada cash boleh take advantage on distressed asset n low profit atau interest rate...sebab tuh org2 penyokong kapitalism selalu ckp 'cash is king'. Aku nih maybe ada rasa anti skit ngan concept kapitalism, yg aku rasa menekan dan mengeksploit kesusahan org untuk kepentingan sendiri. Yg kaya bertambah kaya....dan yg miskin makin terhimpit....sistem yg berasaskan untung semata dan ownership.....macam taik.

Lepas ni aku nak tulis camna banking boleh bermula, aku citer ringkas jer, nak citer lelebih pun aku bukan reti sgt, just nak share skit ilmu yg tak seberapa nih ngan kawan2 dan rakan2.

No comments:

Post a Comment