Monday 26 January 2009

Pengajaran dari krisis kewangan

Krisis kewangan kali nih mmg bebetul teruk, tapi ada pengajaran di sebalik tumbangnya bank2 gergasi benua Amerika dan Eropah. Antara pengajarannya:

  1. Konsep ekonomi berdasarkan hutang (debt based economy) mmg byk kelemahan dan bahayanya
  2. Sbbnya wujudnya hutang melampau menaikkan harga keperluan asas yg penting, iaitu rumah.
  3. Sistem faedah (interest) yg menganggap duit sebagai komoditi, dan duit mempunyai harganya sendiri iaitu faedah.
  4. Kapitalism, mendorong perasaan tamak, di mana kepentingan perut sendiri didulukan
  5. Penjualan benda yg kita tak miliki, seperi hutang boleh dijual seterusnya proceed dari penjualan hutang itu digunakan untuk memberi hutang. Hutang atas hutang yg menjadi2

Globalisasi membuatkan mesia pun tak terlepas dari cengkaman kapitalism dan sistem bank anglo-saxon, yg menekankan ekonomi boleh bergerak sekiranya hutang menjadi instrumen penting untuk menggerakkannya, umpama minyak pelincir.

Kita tgklah apa lagi yg mungkin terjadi pada tahun ini terhadap ekonomi, terutama ekonomi Malaysia, di mana sesetengah analyst menjangkan akan menguncup sebanyak 1% berbanding 2008. Moga2 kita semua bersiap sedia untuk menaiki roller coaster 2009. Insya Allah kita boleh harungi dgn kembali kepada konsep kesederhanaan.....

Friday 23 January 2009

Abu Dhabi oh Abu Dhabi......and Do Bye






Hahaha, ni lah tempat last aku tinggal b4 move balik ke Eropah semula. During that time aku selalu ulang alik antara Dubai dan Abu Dhabi (AUH), mmg tak best langsung kedua2 bandar nih. Aku pun tak pastilah, maybe ada org suka kot duk tempat2 gini especially Dubai. Sebab2 aku tak suka:


  1. Kotor and berabuk. Pasir dan debu sebab construction byk sgt.

  2. Masa musim panas dia terlalu panas, sampai 45 celcius n kengkadang 48 celcius.

  3. Sewa tempat tinggal yg membunuh, comparable to London rate

  4. Buahan and makanan kat supermarket cam Carrefour ngan Luq luq yg tak fresh kalau compare ngan London even ngan Malaysia pun.

  5. Pemandu2 teksi yg kurang ajar dan busuk, aku rasa mmg pemandu teksi kat Dubai dan Abu Dhabi nih mmg tak suka mandi kot.

  6. Org2 dia yg tak reti beratur, tunggu teksi tak beratur, beli barang tak beratur...ehhh entahlah.

  7. Aircond sepanjang masa, gila tak sihat lifestyle.

Org2 kat sini sanggup bayar tinggi untuk pekerja2 professional, sebabnya, org diorang sendiri takde or sikit sgt yg educated, and secondly sebab takde sapa nak dtg kerja sini. Degree of professionalism mmg rendah and work ethics mmg down to the drain. Aku tak sure dalam industri lainlah, tapi dalam industri yg aku kerja nih, mmg most mat saleh yg dtg sini, mmg loser, yg diorang takleh make it in their own country. Amat mengecewakan, sebab tuh diorang suka dtg sini, sbb, leh dibayar tinggi walaupun knowledge n education ntah apa2. Baru aku tahu napalah tempat ni lambat dari segi innovation and seek of knowledge untuk islamic finance, walaupun duit byk, money can't buy you knowledge.


UAE nih byk berkiblatkan US, apa yg US or org US cakap dia akan percaya bulat2. Mmg sedap lah consultant cam Booze Allen Hamilton tuh kelentong gomen diorang. Nih lah akibatnya kalau duit byk tapi knowledge takdak. Menyedihkan, sebab negara seagama kita kan.


Ekonomi dia berdasarkan consumption, diorang tak byk produce barang, except minyak. Tu sebab Dubai yg tak kaya sgt dengan minyak sibuk membangunkan industri pelancongan. Dgn ekonomi dunia yg tak menentu, Dubai yg byk public debt (hutang kerajaan) yg byk mengalami masalah. Byk construction berprofil tinggi telah menangguh project mereka, pekerja2 asing terpaksa dibuang.


All in all, aku mmg tak suka Abu Dhabi n Dubai, the most dissappointing city in the world ever, ntahlah....tapi ada org suka kot. Hehehe, nasib baik ko Dubai....


Tgklah serba sedikit gambar aku masa duk sana, mmg sikit gila sebab lepas setahun, aku blah......bye bye Do bye. Gambar pun tah hapa2.


Thursday 22 January 2009

Masuk rumah....

Hari ni aku masuk umah, setelah 3 minggu duk hotel, akhirnya dapat jugak masuk umah. The first thing beli cam biasa tv, tapi antenna tak kuat, so kena tunggu nak install skytv....hehehe sian wife sbb gagal tgk tv tonite, n probably a few nites more. Sabtu ni aku nak angkut ps3, so sementara tv takleh tgk leh belasah game cukup2. Tapi apa2 hal Alhamdulillah sebab ada hak peluang tuhan bagi aku menyewa umah.

Sabtu nih leh lah gi kedai halal, beli pan, washing liquid, all the usual stuffs sebagai penyewa umah...hahahah...cam tak biasa, selama nih menyewa gak, bila lah agaknya nak merasa duk umah sendiri yer.

Siang tadi somebody tanya aku, hr aku, camna aku adapting with the place, aku cakap ok jer, biasalah awal2 macam2 nak kena arrange. Its a norm for a bedouin like me....hahahha.

Tetiba aku miss lak makanan kat mesia, hari tuh aku balik 2 bulan, mmg syok abis, belasah makan tak ingat dunia punya. Rendang, mee kari, nasi lemak, roti canai....perghhhhh..on daily basis tuh, mesti org ingat jakun aku nih. Tapi tuh lah yg menarik pasal mesia, berbanding ngan tempat lain, food heaven....pastu meriah. Dalam byk2 tempat aku lawat, n duduk, still aku rasa mesia paling ideal buat aku.....Salamssss to all, later.

Wednesday 21 January 2009

75 is the number today!!!!

As expected BNM reduced the lending rate by 75 basis points today.....a good news indeed for consumer, provided that banks will remain to their promise of furnishing loans and hence liquidity in the market.

What will this reduction means untuk org2 cam kita:

  1. Low borrowing cost, boleh buat financing untuk rumah
  2. Ringgit mungkin jatuh skit against other currencies, sebab, less attractive. Mungkin harga barang import akan naik.
  3. Org2 yg menyimpan bersandarkan interest akan kurang, maka, lebih byk liquidity dalam market.
  4. Kalau sapa ada lebihan duit, mungkin akan buat pelaburan dalam bentuk selain dari deposit yg boleh membawa pulangan lebih dari interest.

Mungkin ada yg lain2 lagi leh ditambah, dipersilakan....

Monday 19 January 2009

Lagi gambar2 Barca






















Barcelona.........

Barcelona adalah antara tempat yg best aku pernah lawat, lepak 5 hari kat bandar menarik yg lebih terkenal dgn club bolasepak biru merahnya. Dgn player2 cam Messi, Henry dan Eto'o. Tapi selain club bola dia nih, Barcelona nih sebenarnya bandar yg terkenal sebagai bandar yg patut dilawati kerana kreativiti architecture nya.

Dulu aku pun terpikir gak, napalah player2 bola mmg gila nak main for this club, padahal byk lagi club2 hebat cam Milan, Man U, Liverpool and Madrid. Tapi bila dah pergi bandar dia baru aku rasa passion penduduk dia. Kat sini leh dikatakan player nih dianggap cam dewa.....gambar2 diorang digambarkan cam saint dalam lukisan2 keagamaan. Mmg gila....
Di samping tuh, kita masih leh tgk pengaruh empayar Islam Andalusia dalam makanan, budaya dan bahasa org2 Catalan (daerah/negeri terletaknya Barca). Antaranya makanan nasi yg dinamakan Paela, minuman almond susu yg berasal dari budaya arab, nama2 jalan seperti Al Rambla yg berasal dari bahasa Arab.
Masa mula2 sampai, aku ngan wife lapar, nampak satu kedai, terpaksalah makan Paela seafood, takleh makan daging pasal mana halal. Creme Brule pun sedap, n diorang nih pandai buat dessert dari buahan citrus, limau dan peach.
Peach2 kat sini mmg sedap dan juicy. Org sepanyol memperkenalkan koko pada Eropah, yg dibawa dari amerika selatan masa diorang gi menjarah tempat org tuh. Sebagai penggila coklat, aku tak lepaskan peluang melawat museum choc dia.....
Sudi2 kan lah tgk gambar2 aku jenjalan kat bawah:

Sunday 18 January 2009

Bangku dan bank

Camna bank nih leh bermula, cerita ringkasnya start sama dgn penggunaan wang kertas. Masa pedagang2 Venice balik dari timur, diorang bercerita pasal sebuah kerajaan yg amat kaya dan innovatif. Venice semasa kurun 13 dan 14 ialah pusat perdagangan penting di Eropah dan Mediterranean.

Kerajaan dari Timur yg dimasksudkan tuh ialah China. Diorang ni dah start guna not2 dalam bentuk kertas yg menyatakan tertera mengenai jumlah reta diorang dan leh didagangkan. Ianya ialah bentuk terawal wang kertas yg kita tahu skang.

Balik ke Venice, sebab bandar ni byk pedagang, maka pedagang memerlukan hutang debt, jadi kena dapatkan hutang dari kreditor. Kredit nih pun dari perkataan latin credito yg bermaksud 'saya percaya akan anda'. Masyarakat Venice nih majoriti adalah penganut Katholik, yg mengharamkan mereka melakukan perniagaan wang, ataupun memakan faedah seperti yg tertera dalam kitab bible mereka. Maka urusan meminjamkan wang ni dilakukan dek bangsa Yahudi venice masa tuh.

Pada masa tersebut belum ada bank yg seperti kita ketahui macam skang, cara diorang pinjamkan duit ialah duk kat tepi2 gheto atas bangku dan ada meja untuk urusniaga. Dari situ lah wujud perkataan Bank yg berasal dari bahasa latin Banco yg bermaksud bangku. Jadi tuh sebab bank suka sgt letak bangku untuk kita duduk.....hahahahah.

Saturday 17 January 2009

Krisis kewangan (update)

4th qtr 2008, penuh masalah bagi sistem kewangan global. Kapitalism yg diagungkan barat mengalami meltdown, yg tak pernah terpikir sebelum ini. Sistem perbankan barat yg sering dikatakan amat kukuh dan patut menjadi contoh sedunia semakin bermasaalah dan kurang diyakini, walaupun setelah dtgnya 2009......sighhh...

Kenapa menda nih leh terjadi. Based on my observation yg sgt2 jahil dan mungkin tersasar jugak kan, maybe disebabkan beberapa factors:

  1. sistem ekonomi anglo-american yg berdasarkan debt (hutang)
  2. penggunaan wang kertas yg tak dijamin oleh emas (setelah tiadanya gold standard berdasarkan bretton wood)
  3. Derivatives transaction yg melampau dari investment banker, walaupun mereka sendiri tak memahami risiko transaksi2 tersebut.
  4. Sistem berdasarkan riba....di mana duit dianggap sebagai komoditi
  5. penggunaan standard perakaunan yg amat subjektif dan terbuka kepada pelbagai interpretasi.
  6. Harga minyak yg melampau hingga mempengaruhi kos pengeluaran, seterusnya menggalakkan lebih banyak hutang (balik ke point 1)

Itu antara sebab2 yg memungkinkan terjadi menda nih, dan mungkin ada seribu satu lagi alasan atau sebab yg aku tak sebut kat atas. Seperti yg semua org tahu, sistem ekonomi kita mmg dipengaruhi oleh hutang (debt driven), hinggakan economist akan mengatakan, sekiranya lending ability of the consumer being stopped or barred, ekonomi sesebuah komuniti mungkin tak boleh bergerak.

Gomen juga akan menggalakkan rakyat untuk berbelanja dgn alasan untuk melancarkan ekonomi. Tapi bagi mereka yg mungkin bijak mengambil peluang, inilah masa terbaik untuk berbelanja ke atas aset yg akan meningkat nilainya apabila ekonomi sudah pulih...mungkin setahun, 2 atau tiga tahun lagi, mungkin juga 10 tahun lagi. Aset yg dimaksudkan termasuklah rumah, syarikat persendirian dan macam2 lagi.

Dgn interest rate ataupun profit rate yg rendah ditawarkan bank2 pada waktu ini. BNM juga mungkin akan menurunkan kadar pinjaman satu malam (betul ker aku translate OPR tuh???) pada masa terdekat, mungkin minggu depan. Ianya masa terbaik untuk beli rumah, terutama rumah untuk duduk.

Tapi kita berdepan masalah lain gak, cam time ginilah saving dah kurang, sebab rega barang naik. Bila interest rate turun bermakna daya penarik ringgit (RM) pun kurang, jadi based on sistem ekonomi barat, demand untuk RM (dianggap komoditi) juga turun dan seterusnya menurunkan nilai ringgit di pasaran matawang asing (munkin). Jadi, untuk kita rakyat Malaysia kita mungkin akan mengalami kenaikan harga barangan import (termasuk barangan mentah dan makanan). Ini mungkin akan menambah tekanan pada kita untuk berbelanja.

Bila duit abis belanja saving pun kurang. Memang menda nih menambah kepayahan kita. Mat2 saleh bongok yg kerja kat US tuh buat silap n gamble byk sgt dgn derivatives dan asset backed securities, kita rakyat biasa kat malaysia yg rasa sakitnya. Itulah hakikatnya globalisasi dan kapitalism.

di waktu2 camni, mmg sesapa yg ada cash boleh take advantage on distressed asset n low profit atau interest rate...sebab tuh org2 penyokong kapitalism selalu ckp 'cash is king'. Aku nih maybe ada rasa anti skit ngan concept kapitalism, yg aku rasa menekan dan mengeksploit kesusahan org untuk kepentingan sendiri. Yg kaya bertambah kaya....dan yg miskin makin terhimpit....sistem yg berasaskan untung semata dan ownership.....macam taik.

Lepas ni aku nak tulis camna banking boleh bermula, aku citer ringkas jer, nak citer lelebih pun aku bukan reti sgt, just nak share skit ilmu yg tak seberapa nih ngan kawan2 dan rakan2.

Friday 16 January 2009

Morocco, a land of extremes


















Hehhe, napa aku panggil Morocco ni land of extremes...sebabnya dia ada snow, n ada gak musim panas yg terik. Journey nih aku gi ngan wife n another family frens. We back pack for 2 weeks n spend raya haji kat sana. Went to Fez, Casablanca, Merzouga n finally Marakech. Basically, the original inhabitants of Morocco are the Berbers....diorang ni bukan arab n bukan mat saleh, maybe kat tgh2 kot. Muka diorang macam Zinedine Zidane tuh ahh....Diorang ni lembut and hospitable people. Masakan diorg yg famous ialah Tagine....n lots of bread.

Masa gi sana mmg melantak sakan, sebab dah lama tak kuar dari UK, yg mmg susah nak cari makanan sedap2...




Menda yg mesti buat kat Morocco:


  1. Makan tagine n breads dia. Jgn lupa kus kus.

  2. Minum juice orange yg mmg manis n pure, takde campur air punya kat sini

  3. Gi masjid besar kat Casablanca...nama dia Hassan Mosque kalau tak silap.

  4. Leather market...they do produce premium quality leather works...even some designer brands get their leathers in Morocco

  5. Try naik unta kat Merzouga...masa aku gi ngan wife aku, lepak ngan berber...diorang kata first time tgk org mesia...maybe hulu sgt kot aku gi, org mesia tak berminat.


  6. Memandu along atlas mountains.

  7. Gi pasar terbesar probably in the world...Jama' el Fana.

    Kebetulan masa kitorang pergi, masa 2nd week tuh raya haji...so sempatlah merasa solat raya haji kat Marakech.

Wife aku mmg rambang mata ahh masa gi bazaar dia, masih mengekalkan bentuk pasar zaman2 Usmaniyah dan Andalusia. Marakech nih used to be the biggest and prosperous city in the 11 and 12th century. Fez pulak mmg dah lama jadi Unesco world heritage city. Fez ni ada salah satu University yg tertua di dunia, n still a working uni up to this day. Bandar ni makmur sewaktu pemerintahan khalifah2 empayar Islam Andalucia. Hence, the architecture resembles moorish culture.


Kitorang sempat gi lawat satu pekan yg amat terpencil nama dia pun pelik Oouarzazat. Ada carpet buatan tgn yg mmg bermutu tinggi n melambangkan ethnic Berber dijual kat sini. Kalau dieksport mmg rega dia mark up byk lah.
Gambar bangunan brown ni diorang panggil Kasbah......













Ni gambar atlas mountains masa drive alongs it.
















Dua org makcik tgh lepak dekat orange looking building.

Sebelah kanan nih ada gambar moorish pillar dalam Hassan Mosque.



Here I am.....the journey continues......

Hi there...everyone. This is my first time blogging....so mind you if my language is not up to your standard.......lagipun english is not my first language and I'm not very good at writing...only good at talking crappy stuffs.

Ni negara ke tiga yg aku berhijrah n duduk.....maksud aku, bekerja.

Skit sebanyak pasal aku....ermhh...kerja kuli...byk berhijrah n travel macam nomad n badwi....

Pernah duk kat Malaysia (various places).....London, Abu Dhabi, Dubai and now back in the UK.
Napa aku pindah UK balik....ermmhh, tough question, but basically, I'm fed up dealing with org timur tengah. Tapi kalau ada org nak try gi sana ok jer.....good experience (duhhhh).

Sampai sini 5th of Jan hari tuh, lepas dua bulan melepak tak kerja.....boring sungguh. A few things to note or events happened earlier this year:

  1. Gaza attack by Israel (hadiah tahun baru yg sungguh menyedihkan)
  2. world econ is still in turmoil, and some people said it will be a gloomier year in 2009.
  3. Europe has already in recession, a really bad one, but alhamdulillah Malaysia still hanging on...belum ada technical recession lagi.
  4. Najib will be PM in March.

maybe i should start the blog with some of my background...aku suka berjalan actually. Adalah a few countries I went to with my beloved wife. I'll elaborate more in my future blog bout the culture, the food of the places that I visited. So there you go....hello people, here I come. Do give your constructive comments if needed be.