Sunday 2 August 2009

Rumah oh rumah

Hari nih kita borak pasal rumah kat Malaysia, KL especially. Aku dah beberapa tahun dah terpikir nak beli umah, tapi lum kesampaian. Rumah kat KL mahal sangat, mostly kat kawasan2 yg bagus reganya di luar kemampuan aku....arghhhhh...bila aku nak ada rumah nih?

Dari penelitian or kata org putih, observation aku, ada beberapa masalah pasal umah kat mesia nih, aku list kan kat bawah:

  1. Harga yg pemaju letak actually bukan untuk org malaysia, tp untuk foreigners, kalau tak takdelah rega mahal sangat.
  2. Hak kita nak memiliki rumah makin terhakis, cuba tengok berapa banyak rumah yg dimiliki dek individual tertentu jer, majoriti kita masih menyewa.
  3. Kenapa agensi kerajaan cam REHDA tak buat sesuatu, cuba tengok kat area prime, semua harga di luar kemampuan, padahal pejabat tempat org biasa cam kita bekerja terletak kat area prime. Masa yg diambil untuk pergi ke tempat kerja dan kos mmg tinggi. Menda ni leh reduce productivity.
  4. Kenapa sebab kerana nak untung banyak, hak kebanyakan rakyat biasa diketepikan?
  5. Sepatutnya, kalau kerajaan perihatin, sekurang2 nya sediakan lah coverage LRT ataupun pengangkutan awam yg reliable untuk manusia bergerak dan rendah kan kos untuk bergerak.
  6. Orang jaya bertambah kaya dengan membeli property kat area yg mahal dan dijual semula ngan keuntungan yg tinggi, tp camna pulak ngan org yg tak kaya macam aku? Aku cuma nak rumah untuk duduk jer, bukan buat untung. Adakah kita kena aniaya?

Nasihat aku, kalau korang ada simpanan, belilah rumah untuk keluarga, jgn dibazirkan untuk menda2 karut.

No comments:

Post a Comment