Sunday 18 January 2009

Bangku dan bank

Camna bank nih leh bermula, cerita ringkasnya start sama dgn penggunaan wang kertas. Masa pedagang2 Venice balik dari timur, diorang bercerita pasal sebuah kerajaan yg amat kaya dan innovatif. Venice semasa kurun 13 dan 14 ialah pusat perdagangan penting di Eropah dan Mediterranean.

Kerajaan dari Timur yg dimasksudkan tuh ialah China. Diorang ni dah start guna not2 dalam bentuk kertas yg menyatakan tertera mengenai jumlah reta diorang dan leh didagangkan. Ianya ialah bentuk terawal wang kertas yg kita tahu skang.

Balik ke Venice, sebab bandar ni byk pedagang, maka pedagang memerlukan hutang debt, jadi kena dapatkan hutang dari kreditor. Kredit nih pun dari perkataan latin credito yg bermaksud 'saya percaya akan anda'. Masyarakat Venice nih majoriti adalah penganut Katholik, yg mengharamkan mereka melakukan perniagaan wang, ataupun memakan faedah seperti yg tertera dalam kitab bible mereka. Maka urusan meminjamkan wang ni dilakukan dek bangsa Yahudi venice masa tuh.

Pada masa tersebut belum ada bank yg seperti kita ketahui macam skang, cara diorang pinjamkan duit ialah duk kat tepi2 gheto atas bangku dan ada meja untuk urusniaga. Dari situ lah wujud perkataan Bank yg berasal dari bahasa latin Banco yg bermaksud bangku. Jadi tuh sebab bank suka sgt letak bangku untuk kita duduk.....hahahahah.

No comments:

Post a Comment