Saturday 7 February 2009

Globalisation n Nationalisation (globalisasi dan nasionalisasi

Dulu masa 90's sibuklah negara2 barat nih menentang concept protectionism (perlindungan terhadap industri tempatan). Diorang kata, dalam era globalisasi(terbelit lidah nak sebut), tapi seperti biasa, negara2 mat saleh ni hipokrit. Negara2 membangun macam Malaysia, mmg memerlukan policy protectionism untuk melindungi pekerja, kekayaan negara dan pelbagai perkara penting sebelum ekonomi kita jadi lebih terbuka. Cuba bayangkan UK memerlukan 200 tahun untuk membuka ekonominya sebagai negara maju, dan Malaysia, kita baru merdeka 50 tahun, tentunya tak adil untuk menyamakan ekonomi dan situasi kita dengan negara2 maju.

Tiba2 tahun nih, iklim kewangan dunia berubah, negara2 kaya mengalami keruntuhan sistem kewangan, dan kita mula dengar ayat2 seperti 'buy americans' di US dan 'British work for brits people'....dah nampak rupa sebenar negara maju nih. Kalu mereka yg susah, mereka tak teragak2 nak mewujudkan polisi protectionist di tanah air mereka, padahal masa krisis ekon asia 97, mereka melobi bank dunia dan IMF untuk tidak melupuskan sistem ini di seluruh dunia.....hahaha, sekang dah kena batang hidung sendiri, nak pulak buat, dasar hipokrit.....

No comments:

Post a Comment