Saturday 22 August 2009

Makin gila nak kaya

Pelik betul lah M'sia ni, sanggup tindas pribumi untuk kepentingan sendiri....ada aje alasan nak jadikan diri sendiri kaya dgn cara tak betul.

Gomen pun sama jer, diorang pun manusia gak nak kaya.....tp jangan sebab diri sendiri nak kaya, hak org lain kita ketepikan.

Korang layan lah indie documentary ni, elok jadikan teladan n ajak diri berpikir: http://www.youtube.com/watch?v=Q5u0_qLQXv4&feature=related

Moga2 Ramadhan ni bawa rahmat pada semua.

Tuesday 4 August 2009

Makan makan

Satu menda yg aku rindu pasal Mesia, sah2 makanan ahh, best gila....terliur bila ingat...perghh. Hobby aku selain tido mmg makan ahh.

Mostly makanan kat tempat aku duk skang ni mmg bosan.......tapi yg best dessert diorang, n buahan. Please enjoy gambar2 kat bawah:




Bloody, banyak giler aku belasah dessert since aku pindah sini.....

Sunday 2 August 2009

Rumah oh rumah

Hari nih kita borak pasal rumah kat Malaysia, KL especially. Aku dah beberapa tahun dah terpikir nak beli umah, tapi lum kesampaian. Rumah kat KL mahal sangat, mostly kat kawasan2 yg bagus reganya di luar kemampuan aku....arghhhhh...bila aku nak ada rumah nih?

Dari penelitian or kata org putih, observation aku, ada beberapa masalah pasal umah kat mesia nih, aku list kan kat bawah:

  1. Harga yg pemaju letak actually bukan untuk org malaysia, tp untuk foreigners, kalau tak takdelah rega mahal sangat.
  2. Hak kita nak memiliki rumah makin terhakis, cuba tengok berapa banyak rumah yg dimiliki dek individual tertentu jer, majoriti kita masih menyewa.
  3. Kenapa agensi kerajaan cam REHDA tak buat sesuatu, cuba tengok kat area prime, semua harga di luar kemampuan, padahal pejabat tempat org biasa cam kita bekerja terletak kat area prime. Masa yg diambil untuk pergi ke tempat kerja dan kos mmg tinggi. Menda ni leh reduce productivity.
  4. Kenapa sebab kerana nak untung banyak, hak kebanyakan rakyat biasa diketepikan?
  5. Sepatutnya, kalau kerajaan perihatin, sekurang2 nya sediakan lah coverage LRT ataupun pengangkutan awam yg reliable untuk manusia bergerak dan rendah kan kos untuk bergerak.
  6. Orang jaya bertambah kaya dengan membeli property kat area yg mahal dan dijual semula ngan keuntungan yg tinggi, tp camna pulak ngan org yg tak kaya macam aku? Aku cuma nak rumah untuk duduk jer, bukan buat untung. Adakah kita kena aniaya?

Nasihat aku, kalau korang ada simpanan, belilah rumah untuk keluarga, jgn dibazirkan untuk menda2 karut.

Ke Makam Bonda

Tetiba hari nih aku teringat arwah mak aku. Al-fatihah untuk mak.

Syair 'Ke Malam Bonda' untuk tatapan by Usman Awang. One of his greatest masterpiece

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesuP
ernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan