Monday, 19 January 2009

Barcelona.........

Barcelona adalah antara tempat yg best aku pernah lawat, lepak 5 hari kat bandar menarik yg lebih terkenal dgn club bolasepak biru merahnya. Dgn player2 cam Messi, Henry dan Eto'o. Tapi selain club bola dia nih, Barcelona nih sebenarnya bandar yg terkenal sebagai bandar yg patut dilawati kerana kreativiti architecture nya.

Dulu aku pun terpikir gak, napalah player2 bola mmg gila nak main for this club, padahal byk lagi club2 hebat cam Milan, Man U, Liverpool and Madrid. Tapi bila dah pergi bandar dia baru aku rasa passion penduduk dia. Kat sini leh dikatakan player nih dianggap cam dewa.....gambar2 diorang digambarkan cam saint dalam lukisan2 keagamaan. Mmg gila....
Di samping tuh, kita masih leh tgk pengaruh empayar Islam Andalusia dalam makanan, budaya dan bahasa org2 Catalan (daerah/negeri terletaknya Barca). Antaranya makanan nasi yg dinamakan Paela, minuman almond susu yg berasal dari budaya arab, nama2 jalan seperti Al Rambla yg berasal dari bahasa Arab.
Masa mula2 sampai, aku ngan wife lapar, nampak satu kedai, terpaksalah makan Paela seafood, takleh makan daging pasal mana halal. Creme Brule pun sedap, n diorang nih pandai buat dessert dari buahan citrus, limau dan peach.
Peach2 kat sini mmg sedap dan juicy. Org sepanyol memperkenalkan koko pada Eropah, yg dibawa dari amerika selatan masa diorang gi menjarah tempat org tuh. Sebagai penggila coklat, aku tak lepaskan peluang melawat museum choc dia.....
Sudi2 kan lah tgk gambar2 aku jenjalan kat bawah:

No comments:

Post a Comment