Thursday, 12 February 2009
Pound took a pounding
Minggu nih a few more bad news came out from Brits econ.....bank not making good profit, house price jatuh gila2, liquidity is lacking in the market. The Bank of England(BoE) may opt for 'quantitative easing' measure, bunyi cam canggih jer quan easing, tapi sebenarnya tak ahh canggih pun, maksudnya BoE akan print more money, gelek dan cap lagi banyak not2 matawang pound.
Start dari semalam, british banks punya bosses telah dipanggil mengadap MP (members of parliament), untuk disoal secara langsung mengenai error dan peranan mereka terhadap kehancuran sistem kewangan britain dan dunia......
Yg membuat taiknya, top management terlalu tamak dan terlalu byk buat deal yg merepek, tapi yg suffer and kena buang kerja adalah org biasa cam kita....
Tapi at least diorg transparent....itu satu menda yg positif ada dlm krisis nih...
Saturday, 7 February 2009
Globalisation n Nationalisation (globalisasi dan nasionalisasi
Tiba2 tahun nih, iklim kewangan dunia berubah, negara2 kaya mengalami keruntuhan sistem kewangan, dan kita mula dengar ayat2 seperti 'buy americans' di US dan 'British work for brits people'....dah nampak rupa sebenar negara maju nih. Kalu mereka yg susah, mereka tak teragak2 nak mewujudkan polisi protectionist di tanah air mereka, padahal masa krisis ekon asia 97, mereka melobi bank dunia dan IMF untuk tidak melupuskan sistem ini di seluruh dunia.....hahaha, sekang dah kena batang hidung sendiri, nak pulak buat, dasar hipokrit.....
Monday, 26 January 2009
Pengajaran dari krisis kewangan
- Konsep ekonomi berdasarkan hutang (debt based economy) mmg byk kelemahan dan bahayanya
- Sbbnya wujudnya hutang melampau menaikkan harga keperluan asas yg penting, iaitu rumah.
- Sistem faedah (interest) yg menganggap duit sebagai komoditi, dan duit mempunyai harganya sendiri iaitu faedah.
- Kapitalism, mendorong perasaan tamak, di mana kepentingan perut sendiri didulukan
- Penjualan benda yg kita tak miliki, seperi hutang boleh dijual seterusnya proceed dari penjualan hutang itu digunakan untuk memberi hutang. Hutang atas hutang yg menjadi2
Globalisasi membuatkan mesia pun tak terlepas dari cengkaman kapitalism dan sistem bank anglo-saxon, yg menekankan ekonomi boleh bergerak sekiranya hutang menjadi instrumen penting untuk menggerakkannya, umpama minyak pelincir.
Kita tgklah apa lagi yg mungkin terjadi pada tahun ini terhadap ekonomi, terutama ekonomi Malaysia, di mana sesetengah analyst menjangkan akan menguncup sebanyak 1% berbanding 2008. Moga2 kita semua bersiap sedia untuk menaiki roller coaster 2009. Insya Allah kita boleh harungi dgn kembali kepada konsep kesederhanaan.....
Friday, 23 January 2009
Abu Dhabi oh Abu Dhabi......and Do Bye
- Kotor and berabuk. Pasir dan debu sebab construction byk sgt.
- Masa musim panas dia terlalu panas, sampai 45 celcius n kengkadang 48 celcius.
- Sewa tempat tinggal yg membunuh, comparable to London rate
- Buahan and makanan kat supermarket cam Carrefour ngan Luq luq yg tak fresh kalau compare ngan London even ngan Malaysia pun.
- Pemandu2 teksi yg kurang ajar dan busuk, aku rasa mmg pemandu teksi kat Dubai dan Abu Dhabi nih mmg tak suka mandi kot.
- Org2 dia yg tak reti beratur, tunggu teksi tak beratur, beli barang tak beratur...ehhh entahlah.
- Aircond sepanjang masa, gila tak sihat lifestyle.
Org2 kat sini sanggup bayar tinggi untuk pekerja2 professional, sebabnya, org diorang sendiri takde or sikit sgt yg educated, and secondly sebab takde sapa nak dtg kerja sini. Degree of professionalism mmg rendah and work ethics mmg down to the drain. Aku tak sure dalam industri lainlah, tapi dalam industri yg aku kerja nih, mmg most mat saleh yg dtg sini, mmg loser, yg diorang takleh make it in their own country. Amat mengecewakan, sebab tuh diorang suka dtg sini, sbb, leh dibayar tinggi walaupun knowledge n education ntah apa2. Baru aku tahu napalah tempat ni lambat dari segi innovation and seek of knowledge untuk islamic finance, walaupun duit byk, money can't buy you knowledge.
UAE nih byk berkiblatkan US, apa yg US or org US cakap dia akan percaya bulat2. Mmg sedap lah consultant cam Booze Allen Hamilton tuh kelentong gomen diorang. Nih lah akibatnya kalau duit byk tapi knowledge takdak. Menyedihkan, sebab negara seagama kita kan.
Ekonomi dia berdasarkan consumption, diorang tak byk produce barang, except minyak. Tu sebab Dubai yg tak kaya sgt dengan minyak sibuk membangunkan industri pelancongan. Dgn ekonomi dunia yg tak menentu, Dubai yg byk public debt (hutang kerajaan) yg byk mengalami masalah. Byk construction berprofil tinggi telah menangguh project mereka, pekerja2 asing terpaksa dibuang.
All in all, aku mmg tak suka Abu Dhabi n Dubai, the most dissappointing city in the world ever, ntahlah....tapi ada org suka kot. Hehehe, nasib baik ko Dubai....
Tgklah serba sedikit gambar aku masa duk sana, mmg sikit gila sebab lepas setahun, aku blah......bye bye Do bye.
Gambar pun tah hapa2.
Thursday, 22 January 2009
Masuk rumah....
Sabtu nih leh lah gi kedai halal, beli pan, washing liquid, all the usual stuffs sebagai penyewa umah...hahahah...cam tak biasa, selama nih menyewa gak, bila lah agaknya nak merasa duk umah sendiri yer.
Siang tadi somebody tanya aku, hr aku, camna aku adapting with the place, aku cakap ok jer, biasalah awal2 macam2 nak kena arrange. Its a norm for a bedouin like me....hahahha.
Tetiba aku miss lak makanan kat mesia, hari tuh aku balik 2 bulan, mmg syok abis, belasah makan tak ingat dunia punya. Rendang, mee kari, nasi lemak, roti canai....perghhhhh..on daily basis tuh, mesti org ingat jakun aku nih. Tapi tuh lah yg menarik pasal mesia, berbanding ngan tempat lain, food heaven....pastu meriah. Dalam byk2 tempat aku lawat, n duduk, still aku rasa mesia paling ideal buat aku.....Salamssss to all, later.